More of Han





3 weeks of bliss

Hanzalah sihat, dan tak banyak merengek, kecuali bila time makan. Nangis pun tak, cuma kalau lewat dapat susu ada lah dia temper sikit. tapi most of the time, dia cool.....


Hanzalah kuat tidur. at least waktu siang, memang banyak tidur. Tapi waktu malam dia berjaga lah. Tak menangis atau merengek, cuma berjaga, terkulat2 sorang2. Cuma merengek dia on time lah, bila makan time.

Hanzalah tak suka dibedung, dia akan meronta2, nak lepaskan tangannya. Dan bila dia tidur, tengok lah position2 dia ...... Semua gambar ni candid.... camera ada je kat tangan...





Maknya sihat wal afiat. tak ada sakit apa2. Lepak je kat rumah jaga hanzalah. Han pun sihat. Alhamdulillah.

Finally... Hanzalah comes home
Malam pertama di rumah mak Ila (Taman Medan) hanzalah tak boleh tidur. Plan asal ialah parking di bilik atas, untuk privacy yang lebih sikit. Tapi di merengek intermittently, aku pun tak boleh tidur la. Dalam kebengkekkan aku, aku bawa di turun bawah sambil mendodoikan dia (masa dodoi mmg lah dia diam), baca zikir2 sikit, dan letak dia atas sofa, oleh kerana dia dah tidur di dukungan aku. aku terus terlentang atas lantai, dan terlena. Lepas setengah jam mungkin, aku terjaga dek panas, dan aku bawa dia naik atas, dan dia start balik on-off merengek. Aku suspek mungkin dia sejuk duk kat atas, atau atmospheric pressure pada ketinggian 5 meter dari aras bumi tak sesuai untuk dia, dan kami anak beranak pun tidur di bawah.....




Yang datang melawat pun ramai. Saudara mara terdekat, rakan sekerja.


Cucu kesayangan uwan dan atok dan nenek


A man's first shave

Petang sabtu 04 Nov 06 atok dan uwannya dan auntie2nya datang ke Taman medan untuk bercukur sempena 7 hari. Aqiqah tak sempat buat hari ke 7 ni. [Rujuk fiqh Aqiqah dan Bercukur di AL-ahkam.com.my]
Start cukur 6 lebih, lewat pasal tunggu uwan dan atok sampai. Masuk maghrib uwan dia sambung, baba ke surau. Balik surau masuk shift balik. Mencabar jugak cukur rambut baby ni, rasa macam surgeon.


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.