More of Han





3 weeks of bliss

Hanzalah sihat, dan tak banyak merengek, kecuali bila time makan. Nangis pun tak, cuma kalau lewat dapat susu ada lah dia temper sikit. tapi most of the time, dia cool.....


Hanzalah kuat tidur. at least waktu siang, memang banyak tidur. Tapi waktu malam dia berjaga lah. Tak menangis atau merengek, cuma berjaga, terkulat2 sorang2. Cuma merengek dia on time lah, bila makan time.

Hanzalah tak suka dibedung, dia akan meronta2, nak lepaskan tangannya. Dan bila dia tidur, tengok lah position2 dia ...... Semua gambar ni candid.... camera ada je kat tangan...





Maknya sihat wal afiat. tak ada sakit apa2. Lepak je kat rumah jaga hanzalah. Han pun sihat. Alhamdulillah.

Finally... Hanzalah comes home
Malam pertama di rumah mak Ila (Taman Medan) hanzalah tak boleh tidur. Plan asal ialah parking di bilik atas, untuk privacy yang lebih sikit. Tapi di merengek intermittently, aku pun tak boleh tidur la. Dalam kebengkekkan aku, aku bawa di turun bawah sambil mendodoikan dia (masa dodoi mmg lah dia diam), baca zikir2 sikit, dan letak dia atas sofa, oleh kerana dia dah tidur di dukungan aku. aku terus terlentang atas lantai, dan terlena. Lepas setengah jam mungkin, aku terjaga dek panas, dan aku bawa dia naik atas, dan dia start balik on-off merengek. Aku suspek mungkin dia sejuk duk kat atas, atau atmospheric pressure pada ketinggian 5 meter dari aras bumi tak sesuai untuk dia, dan kami anak beranak pun tidur di bawah.....




Yang datang melawat pun ramai. Saudara mara terdekat, rakan sekerja.


Cucu kesayangan uwan dan atok dan nenek


A man's first shave

Petang sabtu 04 Nov 06 atok dan uwannya dan auntie2nya datang ke Taman medan untuk bercukur sempena 7 hari. Aqiqah tak sempat buat hari ke 7 ni. [Rujuk fiqh Aqiqah dan Bercukur di AL-ahkam.com.my]
Start cukur 6 lebih, lewat pasal tunggu uwan dan atok sampai. Masuk maghrib uwan dia sambung, baba ke surau. Balik surau masuk shift balik. Mencabar jugak cukur rambut baby ni, rasa macam surgeon.

72 Hours off-amnion

Hanzalah kena jaundice sikit. Sepatutnya sudah boleh discharge pada hari ahad, tapi kerana ahad cuti, dan tak boleh keluar result darah (menurut kakitangannya) makan delaylah satu hari. dan ianya menjadi syak aku kenapa hanzalah boleh kena jaundice. but then again, 50% of all babies boleh kena jaundice. [Jaune in french is Yellow]

Maka hanzalah pun tidurlah di bawah tanning bed, sinaran lampu suram ultra-ungu. Hitamlah sikit hanzalah, aku kata kat Ila, lantas ila pun moncong sikit.... heh he he

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Hanzalah menyusu ok, dan tak banyak menangis macam jiran sebelah katil. Cuma ada muntah sikit kerana tak buat burping lepas menyusu. Time melawat dibantainya tidur. Nasib baik babanya datang off-visiting hours, dapat juga main dengan dia.

tiba jam 6 ptg, dia tidur balik. uwannya, dan auntie2nya melepaslah nak main dengan dia. Cuma lepas rindulah peluk cium. Sudah dipegang-pegang dan dicium2 dan dikendong2 pun tak terjaga lagi. Betul punya nyenyak.



Introducing Hanzalah bin Syah Rezan bin Ishak
The first impression : Bila dibawa masuk ke dalam wad bersalin tu (the hospital wasnt husband friendly) untuk tengok baby, nurse pun tolak satu baby trolley, tanpa berkata apa-apa. Aku assume tu baby aku, tapi aku tengok dia cerah betul, kerana biasanya baby kemerahan. Aku pun berdebar2, sampailah nurse tu confuse tengok aku tercegat kat sebelah baby. Dia ambil borang di baby trolley tu, dan kata "betulkan? norfazilah isteri awak..?" lantas terus aku cium baby macho aku tu.

specs: normal delivery, 2.8kg, date of delivery 28/10/2006 12.51pm, status : rank A
Hanzalah ialah salah seorang sahabat rasulullah S.A.W. Boleh dapati kisah2nya dalam kitab fadhail amal dan hayatussahabah.






The gang's all here....


Video clip semasa aku azankan. [klik pada button play di bawah frame video. klik di tengah cideo akan buka window baru ke http://youtube.com]

p/s: hadith Rasulullah S.A.W berkenaan azan ada beberapa riwayat, namun ulama membincangkan kesahihannya kerana masalah rawi. ada yang palsu dan ada yang daif. Ada yang pada awalnya dikatakan sahih/hasan, dan kemudiannya didaifkan kerana masalah rawi. Mengenai azan walaupun hadis2nya dha'ef, Imam Ibn Qayyim (Tuhfatul Wadud) dan Imam alBaihaqee (Sya'bul Iman) berpendapat boleh azan dan iqamat kerana hadis2 dha'ef itu bila dikumpulkan menjadi kuat dari pelbagai jalur riwayat. rujuk : Forum Bicara Muslim
Al-ahkam.com.my


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.