We have MOVED

di depan rumah flat... macam kat madras beb.....


Kami sefamily dah ready nak pindah ke rumah sendiri, lepas kat 3 bulan duk rumah atuk. balik ke quasi-kondo-mentari. So far so good, tak ada problem. masa ni tengah tunggu mama dia pegi bayar kat petrol pump... han lepak ngan baba....


(baba ni kelakar jugak yaa......)



Ummu Han


sunblock for han.....


Almost there.... almost..... keep on going han....



baba... what did you do to my hair...??? i love it!




Persediaan bermula malam tu, siap2 sikit2 bunga telur dan gift pack. uwan dan auntie2nya datanglah tolong sekali. juga tolong cium2 hanzalah....

Pagi tu, hanzalah bangun awal, lepak2 dengan makcik2 dan sembang2 dengan baba.... tengok lah gelak sikit punya besar.... baba pulak kamera sentiasa standby kat tangan


kemudian, uwan dia mandikan dan dressingkan han. pakai baju hadiah dpd kawan kerja, kak aisyah. Pakai jeans lah, jangan main-main ya. cap dia cokman belanja.



Pukul 10 lebih team marhaban sampai. buaian tu alang tolong buatkan, hari sabtu dah siap. Tapi dan-dan bila nak start han dah mula merengek nak tidur. uwan dia ulit sekejap terlena. Lepas lena terus tak terjaga, sampai org marhaban dan baca quran kuat2 pun dia terus layan lentok.....



Mama dan baba dia pakai baju sama tone, shades of purple. han pun sama, cuba cari kat amcorp baju purple penuh tapi tak jumpa. tak apa pakai baju ni pun okay jugak.

Pukul 3 han dan baba bantai tidoq, letih gila. bangun pukul 5 pun tak hilang ngantuk..... yang pegang tu nenek dia....


Hanzalah dah mula jadi sangat responsive, dan akan respond kepada agahan. Seronok betul sembang dengan baby. Dah tu, pandai pula cakap guna hanphone dengan uwan dia. kalau letak kamera di depan dia (macam biasa lah) mata akan pandang kamera, every time! budak2 zaman sekarang.....




Hanzalah goes north


24 December satu family ke Kedah melawat Mama (pak sedara paling bongsu), dan first trip hanzalah yang paling jauh, tak banyak songeh, seronok bawak baby jalan2.
Bawa pergi ke pekan rabu, dibantainya tidur sepanjang2 trip ke pekan rabu. Dengan panas2nya, dan bisingnya, hanzalah rilex je tidur. Gilir2 le pegang. Balik rumah baru lah bangun.

Cokman dia ada beli baby caps, dan kebetulan satu cap tu pakai fabric yang sama dengan sepasang baju han......


Tapi trip balik dia meragam. Balik petang, dan sampai rumah dah malam. Memang dah kami perasan hanzalah kalau traveling malam ada meragam sikit. Maka bertukar keretalah hanzalah, uwannya jaga.

More of Han





3 weeks of bliss

Hanzalah sihat, dan tak banyak merengek, kecuali bila time makan. Nangis pun tak, cuma kalau lewat dapat susu ada lah dia temper sikit. tapi most of the time, dia cool.....


Hanzalah kuat tidur. at least waktu siang, memang banyak tidur. Tapi waktu malam dia berjaga lah. Tak menangis atau merengek, cuma berjaga, terkulat2 sorang2. Cuma merengek dia on time lah, bila makan time.

Hanzalah tak suka dibedung, dia akan meronta2, nak lepaskan tangannya. Dan bila dia tidur, tengok lah position2 dia ...... Semua gambar ni candid.... camera ada je kat tangan...





Maknya sihat wal afiat. tak ada sakit apa2. Lepak je kat rumah jaga hanzalah. Han pun sihat. Alhamdulillah.

Finally... Hanzalah comes home
Malam pertama di rumah mak Ila (Taman Medan) hanzalah tak boleh tidur. Plan asal ialah parking di bilik atas, untuk privacy yang lebih sikit. Tapi di merengek intermittently, aku pun tak boleh tidur la. Dalam kebengkekkan aku, aku bawa di turun bawah sambil mendodoikan dia (masa dodoi mmg lah dia diam), baca zikir2 sikit, dan letak dia atas sofa, oleh kerana dia dah tidur di dukungan aku. aku terus terlentang atas lantai, dan terlena. Lepas setengah jam mungkin, aku terjaga dek panas, dan aku bawa dia naik atas, dan dia start balik on-off merengek. Aku suspek mungkin dia sejuk duk kat atas, atau atmospheric pressure pada ketinggian 5 meter dari aras bumi tak sesuai untuk dia, dan kami anak beranak pun tidur di bawah.....




Yang datang melawat pun ramai. Saudara mara terdekat, rakan sekerja.


Cucu kesayangan uwan dan atok dan nenek


A man's first shave

Petang sabtu 04 Nov 06 atok dan uwannya dan auntie2nya datang ke Taman medan untuk bercukur sempena 7 hari. Aqiqah tak sempat buat hari ke 7 ni. [Rujuk fiqh Aqiqah dan Bercukur di AL-ahkam.com.my]
Start cukur 6 lebih, lewat pasal tunggu uwan dan atok sampai. Masuk maghrib uwan dia sambung, baba ke surau. Balik surau masuk shift balik. Mencabar jugak cukur rambut baby ni, rasa macam surgeon.


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.