Han ada 2-3 teether, ada yang orang hadiahkan dan ada yang mummy dia beli. Tapi nampaknya yang ini favourite dia..... Untuk yang tak biasa, kayu tu adalah kayu sugi (miswak/siwak) yang digunakan untuk memberus gigi.
Kelebihan siwak adalah ianya berus gigi yang natural, dilengkapi dengan semua zat yang perlu untuk kebersihan gigi dan mulut. Malah ahli herbalist Non-muslim menyukainya kerana ianya natural dan bukannya hasil proses kimia dan bahan sintetik. Untuk umat islam, cuci gigi adalah perkara yang diberatkan dalam Islam.
Hanzalah semakin lasak. Semakin petah (atau mungkin patut dipanggil bising; kerana masih belum kaya dengan vocab) dan semakin MOBILE. habih semua ceruk nooks and cranny rumah dia explore.
Makan pun makin kuat; pantang nampak orang makan dia akan mintak. Atuk dia memang suapkan jelah ke cucunya tu, pantang nganga....